Marma Homestay Melaka Murah berdekatan Ayer Keroh dan Bandar Hilir Melaka. Homestay tanpa kolam renang atau swimming pool, berdekatan tepi pantai. Rumah baru 4bilik yang LUAS, KUALITI dan SELESA.

Alang 013-6386109

atau Amirah 017-3916898. Homestay Terbaik Di Melaka. Saya akan tolong anda, saya akan bantu anda. "Jangan banding Harga, Tapi Banding Kualiti"

Saturday 15 July 2017

Tips, Teknik, Cara dan Panduan Asas Penjagaan / Penggunaan Aircond Rumah supaya Penghawa Dingin Sentiasa Sejuk

Specialist Air Conditioner, Expert Penghawa Dingin dan Pakar Aircond / Penyaman Udara

Adakah anda sedang mengalami masalah dengan penghawa dingin rumah anda?
Adakah aircond anda kurang sejuk?
Adakah penyaman udara anda menitiskan air dari dalam rumah?
Adakah anda tercari - cari specialist air conditioner yang mampu menyelesaikan masalah anda?

Tips. Teknik, Cara dan Panduan Asas Menjaga Aircond / Penghawa Dingin Rumah
Aircond / Penghawa Dingin
Alang Specialist Aircond Alang. Boleh dapatkan khidmat nasihat PERCUMA. Berpengalaman, berpengetahuan dan pakar dalam bidang aircond rumah / pejabat.

Atau anda memerlukan perkhidmatan servis upah pemasangan Aircond sekitar Melaka, Negeri Sembilan atau Malaysia, boleh menghubungi Azim 017-6460498.

Memang terbaik sesangat. Upah pasang aircond yang ekonomi, diesertakan dengan khidmat nasihat yang jelas, lancar dan mudah faham.

Sangat Disarankan untuk lihat Video saya di Youtube.

Video 1 : DIY. Cara, Tutorial Terperinci Chemical Service / Mencuci Indoor Aircond Rumah Menggunakan Water Jet

DIY. Cara, Tutorial Terperinci Chemical Service / Mencuci Indoor Aircond Rumah Menggunakan Water Jet. Bantu saya dengan SUBSCRIBE. Klik Sini untuk lihat VIDEO 1


DIY. Cara, Tutorial Terperinci Chemical Service / Mencuci Indoor Aircond Rumah Menggunakan Water Jet
Video 1 : DIY. Cara, Tutorial Terperincu Chemical Service / Mencuci Indoor Unit Menggunakan Water Jet


VIDEO 2: Mencuci Outdoor Unit Menggunakan Berus Sabut Dan Gayung

Cara, Step dan Teknik Mudah Servis Aircond Outdoor Split Unit. Panduan Mencuci Penghawa Dingin Rumah. Bantu saya dengan SUBSCRIBE. Klik Sini untuk lihat VIDEO 2


Cara, Step dan Teknik Mudah Servis Aircond Outdoor Split Unit. Panduan Mencuci Penghawa Dingin Rumah.
Video 2: Cara, Step dan Teknik Mudah Servis Aircond Outdoor Split Unit. Panduan Mencuci Penghawa Dingin Rumah. 

VIDEO 3: Mencuci Outdoor Unit Menggunakan Water Jet

Cara dan Langkah Mencuci Outdoor Unit Aircond / Penghawa Dingin Dengan Menggunakan Water Jet Secara Professional. Bantu Saya dengan SUBSCRIBE. Klik Sini unuk lihat VIDEO 3

Tips, Teknik, Cara dan Panduan Asas Penjagaan / Penggunaan Aircond Rumah supaya Penghawa Dingin Sentiasa Sejuk
Video 3: Cara dan Langkah Mencuci Outdoor Unit Aircond / Penghawa Dingin Dengan Menggunakan Water Jet Secara Professional.

VIDEO 4: Mencuci Indoor Unit Menggunakan Water Jet atau Berus Cat dan Gayung

Cara, Tutorial dan Langkah Untuk Mencuci Indoor Unit Aircond / Penghawa Dingin Menggunakan Water Jet. Bantu Saya dengan SUBSCRIBE. Klik Sini untuk lihat VIDEO 4

Tips, Teknik, Cara dan Panduan Asas Penjagaan / Penggunaan Aircond Rumah supaya Penghawa Dingin Sentiasa Sejuk
Video 4: Cara, Tutorial dan Langkah Untuk Mencuci Indoor Unit Aircond Menggunakan Water Jet

Subscribe ye Youtube Channel Saya. Tq Semua. Teruskan membaca. Jom2.

Adakah anda mahukan ilmu mengenai penghawa dingin?
Kalau YA, teruskan membaca dan SHARE serta KOMEN di bahagian bawah

Saya mahu kongsikan ilmu ini kepada anda. Percuma!! Percuma!! Percuma!!

"SHARING IS POWER"

Artikel ini juga dapat membantu anda dengan lebih lanjut. Jom Klik link di bawah.

Maximumkan Penggunaan Aircond Dengan Remote? Iyup. Jom Baca.

Nak Topup Gas Dengan Cara Yang Betul? Saya ada listkan secara terperinci. Jom Baca.

Teknik dan skill asas pertukangan, saya juga sedang usahakan. Boleh klik link ini.

Di sini saya akan kongsikan tips - tips untuk servis dan menjaga aircond / penghawa dingin rumah anda. 

Servis Aircond Sendiri. Tapi, apa yang anda perlu tahu mengenai aircond rumah anda? Saya akan terangkan asas penghawa dingin.

Pertama sekali, aircond rumah dipanggil Aircond Split Unit. Indoor Unit dan Outdoor Unit.

Tips. Teknik, Cara dan Panduan Asas Menjaga Aircond / Penghawa Dingin Rumah
Indoor Unit Dan Outdoor Unit
 Aircond mempunyai 4 bahagian utama antaranya adalah
  • Pemampat (compressor) (outdoor)
  • Pemeluap (condender) (outdoor)
  • Injap Pengembang (Thermal Expansion Valve, TXV) (indoor) *Untuk aircond rumah, tiada TXV, yang ada adalah Cooling Coil. 
  • Penyejat (Evaporator) (indoor)
Tips. Teknik, Cara dan Panduan Asas Menjaga Aircond / Penghawa Dingin Rumah
Compressor, Condenser, Cooling Coil, Evaporator

Apa yang ada pada INDOOR UNIT dan OUTDOOR UNIT?

Komponen basis yang ada pada Indoor Unit adalah
  • Filter
  • Blower
  • Copper Finn / Aluminium Finn
Komponen basis yang ada pada Outdoor Unit adalah
  • Fan
  • Copper Finn / Aluminium Finn
  • Compressor
Jadi, apa yang anda perlu lakukan?
Tugas anda adalah sentiasa melakukan pembersihan berkala.

Tips, Teknik, Cara dan Panduan Asas Penjagaan / Penggunaan Aircond Rumah supaya Penghawa Dingin Sentiasa Sejuk

INDOOR UNIT

1. FILTER / PENAPIS UDARA

Penjagaan filter. Perkara ini sangat - sangat mudah. Tapi yang mudah inilah orang susah nak jaga dan buat. Sebab itu, jika rumah anda tidak sejuk, cuba anda lihat keadaan filter anda. Macam mana keadaannya. Penapis anda tersumbat, kotor atau tidak. Kalau kotor, besihkannya menggunakan air.

Tips. Teknik, Cara dan Panduan Asas Menjaga Aircond / Penghawa Dingin Rumah
Filter atau Penapis Udara
 Caranya begini. Ambil filter, cuci dengan air, ketuk - ketuk untuk buang air, pasang. Kerja hanya mengambil masa 3 minit sahaja. 3minit ini mampu memanjangkan hayat aircond anda.

Tips. Teknik, Cara dan Panduan Asas Menjaga Aircond / Penghawa Dingin Rumah
Filter yang Kotor
Tips. Teknik, Cara dan Panduan Asas Menjaga Aircond / Penghawa Dingin Rumah
Kotor Penapis Udara
Tips. Teknik, Cara dan Panduan Asas Menjaga Aircond / Penghawa Dingin Rumah
Cuci Penapis Udara
Tips. Teknik, Cara dan Panduan Asas Menjaga Aircond / Penghawa Dingin Rumah
Bersih sudah penapis Udara
Tips. Teknik, Cara dan Panduan Asas Menjaga Aircond / Penghawa Dingin Rumah
Pasang semula penapis udara
Tapi, apa yang anda akan dapat jika menjaga filter? Anda akan dapat Copper Finn yang berkilat dan bersih. Apa yang akan jadi bila copper finn bersih. Kena baca laaaaa. Hehehe

Tips. Teknik, Cara dan Panduan Asas Menjaga Aircond / Penghawa Dingin Rumah
Berkilat Copper Finn. 

2. COPPER FINN / ALUMINIUM FINN / SIRIP - SIRIP

Tujuan Sirip aircond ini adalah untuk membebaskan hawa sejuk yang akan ditarik oleh blower. Sirip ini sangat nipis dan lembut seperti helaian buku.

Tips. Teknik, Cara dan Panduan Asas Menjaga Aircond / Penghawa Dingin Rumah
Coppe Finn yang kotor

Tips penjagaan copper finn adalah dengan membersihkan dengan menggunakan berus cat atau berus gigi. Jaga - jaga, finn itu tajam dan lembut. Pastikan anda berhati - hati ketika melakukan kerja dengan memakai glove. 


Tips. Teknik, Cara dan Panduan Asas Menjaga Aircond / Penghawa Dingin Rumah
Copper Finn yang bersih. Bersinar - sinar
3. BLOWER

Anda tahu atau tidak, blower ini apa? Blower adalah blow angin. Macam tiup angin dari mulut. Haaa. Tahu dah kan. Sama juga seperti kipas.

Tips. Teknik, Cara dan Panduan Asas Menjaga Aircond / Penghawa Dingin Rumah
Blower Penyaman Udara
Jadi, apa kaitannya blower dengan penjimatan elektrik?

Apa akan terjadi apabila kipas banyak habuk? Efficiency kurang. Kipas menjadi berat dan angin akan kurang. Apa akan jadi apabila kipas menjadi berat dan angin kurang? Anda akan menaikkan kelajuan kipas. Apa akan jadi apabila anda menaikkan kelajuan kipas? Bil Elektrik tinggi laaa.

Sama juga seperti blower. Apa akan jadi apabila blower banyak habuk? Efficiency kurang. Blower menjadi berat dan angin akan kurang. Apa akan jadi apabila blower menjadi berat dan angin kurang? Anda akan menaikkan kelajuan blower. Apa akan jadi apabila anda menaikkan kelajuan blower? Bil Elektrik tinggi laaa.

Haaa. Nampak kan. Nampak dah kan hubung kaitannya kan. Jadi, mari bersihkan blower.

Cara nak membersihkan blower adalah dengan membuka dahulu louver. Kemudian ambil berus cat yang panjang bulunya, kemudian bersihakan perlahan - lahan. Buat sampai bersih dan puas hati.

Kalau anda tidak tahu membuka louver atau blower, ambil sahaja berus cat, cuci perlahan - lahan. Layan kan aja.

Tips. Teknik, Cara dan Panduan Asas Menjaga Aircond / Penghawa Dingin Rumah
Blower Kotor
Tips. Teknik, Cara dan Panduan Asas Menjaga Aircond / Penghawa Dingin Rumah
Blower yang sudah dibersihkan


OUTDOOR UNIT

Macam mana nak bersihkan Outdoor Unit. Anda haruslah membuka casing outdoor unit. Cabut semua skru dan togelkan satu persatu casingnya. Tahniah, anda telah berjaya.

Tips. Teknik, Cara dan Panduan Asas Menjaga Aircond / Penghawa Dingin Rumah
Outdoor Unit
1. FAN

Cuci fan dengan berus sabut. Senang sahaja

Tips. Teknik, Cara dan Panduan Asas Menjaga Aircond / Penghawa Dingin Rumah
Fan Kotor dan Perlu dibersihkan
2. COPPER FIN / ALUMINIUM FINN / SIRIP - SIRIP

Untuk bahagian luar, tujuan sirip ini adalah untuk membebaskan haba panas secepatnya yang terhasil dari compressor.

Copper finn lembut dan tajam. Hati - hati semasa melakukan kerja pembersihan. Ambil gayng yang ada sedikit air dan berus sabut, kemudian cuci fin sehingga nampak bersih.

Tips. Teknik, Cara dan Panduan Asas Menjaga Aircond / Penghawa Dingin Rumah
Copper Finn yang kotor

Tips. Teknik, Cara dan Panduan Asas Menjaga Aircond / Penghawa Dingin Rumah
Aluminium Finn yang kotor
Tips. Teknik, Cara dan Panduan Asas Menjaga Aircond / Penghawa Dingin Rumah
Copper Finn / Aluminium Finn yang sudah dibersihkan
Pastikan, air tidak masuk ke bahagian elektrik dan board elektronik. Kalau terkena, sia - sia sahaja buat kerja ni. Mahal tuu board elektronik.

Tips. Teknik, Cara dan Panduan Asas Menjaga Aircond / Penghawa Dingin Rumah
Belah kanan atas, ada board elektronik. Hati - hati
3. COMPRESSOR

Anda tidak perlu membuka compressor, biarkan sahaja compressor itu. Bagaimana compressor berfungi?

Compressor ini akan dapat signal dari thermostat. Thermostat yang akan mengawal suhu bilik anda. Contoh anda setkan 18 degree Celcius, compressor akan terus running untuk maintainkan temperature 18 degree C. Apabila telah sampai 18 C, thermostat akan berikan signal kepada compressor supaya tidak running.

Jika suhu sudah 19C, thermostat akan memberikan semula signal kepada compressor untuk running.

Sebab itu, anda harus menutup pintu bilik semasa menggunakan aircond. Ini untuk mengelakkan kehilangan suhu sejuk.

Antara paling banyak menggunaan tenaga elektrik adalah COMPRESSOR

Kelebihan apabila selalu membersihkan penghawa dingin. 6 faktor / sebab kenapa perlunya servis aircond?

  1. Mengurangkan bil elektrik rumah anda
  2. Memanjangkan jangka hayat penghawa dingin / aircond
  3. Udara yang keluar, kualitinya lebih baik. Sejuk, segar dan nyaman. Anda tidak akan rasa berhabuk walaupun membuka aircond 
  4. Mengelakkan kebocoran disebabkan lumut dan habuk
  5. Dapat mengesan masalah lebih awal. Mencegah lebih baik dari mengubati
  6. Jimat masa dan wang
Dengan ini, anda sudah tahu, cara penggunaan aircond / penghawa dingin rumah atau pejabat. Ini secara tidak langsung, dapat mengurangkan bil elekrik dan tenaga. Selamat mencuba. 

Topup Gas Freon atau Mengecas Sistem Penghawa Dingin / Aircond Rumah

Terdapat banyak gas Aircond di pasaran contohnya R22, R407, R134 dan R410A Refrigerant.

Saya ada sediakan artikel yang lebih detail mengenai mengecas aircond.

Cara, Teknik, Tips dan Panduan mudah Topup / Mengecas / Mengisi dan Menambah Gas Freon R22, R407, R410A, R134, R32 Ke Dalam Sistem Aircond (AC) / Penyaman Udara / Penghawa Dingin (Klik sini)


Tips. Teknik, Cara dan Panduan Asas Menjaga Aircond / Penghawa Dingin Rumah
Topup Gas Freon Aircond
Peringatan! Gas Freon tidak akan hilang jika tiada kebocoran pada paip copper.

Peringatan! Jangan sesekali mencampurkan gas freon sebagai contoh R22 dan R410A. JANGAN!!

Kena ingat memolek tuuu.

Sebelum ini, saya ada membeli satu tong gas FREON R410 bernilai RM260. Sebab itu, kalau nak topup gas mahal, sebab tong gasnya pun mahal.

Itu baru tong gasnya, belum lagi GAUGE MANIFOLD. Huhu. Saya beli sebelum ini total hampir RM500. Telan air liuurrrrrrr beb!!

Tapi Tapi Tapi, bukan itu yang saya nak kongsikan. Apa yang saya nak kongsikan adalah lebih penting. Saya akan kongsikan cara - cara yang betul untuk mengecas aircond rumah anda.

Pastikan alatan anda sudah cukup.

1. Tong Gas
2. Gauge Manifold
3. Clamp Meter
4. Spanar

Empat barang dan alatan di atas sangat penting. Jom lihat, teliti dan dapatkan idea bagaimana untuk menambah freon ke dalam sistem penghawa Dingin rumah anda.

Pertama sekali, pastikan gas apa yang digunakan dalam sistem aircond anda. Macam mana nak tahu? Caranya adalah, pergi ke outdoor unit, dan lihat di bahagian spesifikasi.

Tips. Teknik, Cara dan Panduan Asas Menjaga Aircond / Penghawa Dingin Rumah
Refrigerant R22 yang digunapakai
Selepas anda mengenalpasti gas apa yang digunakan, anda bolehlah memulakan mengecas aircond. Apa yang anda perlu tahu adalah penggunaan gauge manifold. Gauge Manifold mempunyai 3 wayar / hose. Birukuning dan merah.

Tips. Teknik, Cara dan Panduan Asas Menjaga Aircond / Penghawa Dingin Rumah
Gauge Manifold
  • Biru untuk Low Pressure (LP) (Tubing Copper yang Besar)
  • Merah untuk High Pressure (HP) (Tubing Copper yang Kecil)
  • Kuning adalah sambungan dari tong gas nak ke gauge manifold. 

Macam mana nak gunakan Gauge Manifold dengan kaedah yang betul.
  • Hose kuning disambungkan dari Tong Gas ke Gauge Manifold. 
  • Hose Biru disambungkan dari Gauge Manifold ke Sistem Aircond. (Tubing Copper yang Besar) (Suction dari Compressor)
  • Hose Merah disambungkan dari Gauge Manfold ke Sistem Aircond. (Tubing Copper yang kecil) (Discharge dari Compressor) ** PENTING!! Untuk 4 Horse Power dan keatas ADA nipple untuk cas freon)

Jom mulakan. Anda haruslah menyambungkan semua hose. Pastikan semua hose diketat kemas KECUALI hose warna biru yang attach dekat nipple tubing copper, LP, suction compressor. Sebab apa. Nanti saya kasitau.

Pastikan semua injap / valve ditutup rapi terutama di Gauge Manifold.

Selepas itu, buka sedikit injap / valve dari tong gas supaya freon masuk dari tong gas ke gauge manifold.

Selepas itu, buka injap / valve dari hose biru yang ada di gauge manifold. Selepas anda mendengar bunyi gas, dan dengan pantasnya anda kemaskan HOSE BIRU yang attach dekat tubing copper.

Sebab apa? Ini adalah untuk membuang udara yang ada di dalam hose. Sangat tidak elok apabila, di dalam sistem aircond, ada campuran gas - gas, dan ada udara dalam gas.

Itu sebabnya, saya tidak ketat kemas hose wara biru.

Tapi, ini saya ceritakan sedikit pengalaman saya. Saya pernah membawa gauge manifold sahaja tanpa tong gas untuk cek pressure. Tapi tapi tapi, tidak boleh. Sebab apa? Sebab anda memerlukan pressure di dalam hose, untuk menolak pin yang akan attach dekat nipple tubing copper. Maluuuu oiiiii. Hahaha. Nasib baik buat rumah sendiri. Hahaha. Ni masa pertama kali laaa. Memang macam tu. Salah tidak apa, janji ada kesungguhan nak buat.

Bila anda dah tahu cara nak topup freon, berapa pula Nilai Pressure LP yang sepatutnya dicas?
  • Freon R410 adalah antara 120 - 140 PSI. Kebanyakkan Aircond sekarang menggunakan freon jenis ini kerana lebih mesra alam. Tidak kisahlah samada INVERTER atau NON - INVERTER.
  • Freon R22, R134, R407 adalah antara 50 - 60 PSI. R22 adalah Freon jenis lama dan sudah di ban kerana untuk menjaga lapisan ozon. 

Untuk Freezer berbeza. Untuk topup freezer, nilai pressure LP adalah 40 PSI untuk R22

Nilai untuk High Pressure (HP) adalah 1 : 4.
Kalau nilai LP adalah 60 PSI, nilai HP adalah 280 PSI

Tips. Anda tidak akan dapat menambah gas dari HP kerana ianya LIQUID. Kalau di LP, ianya adalah GAS. Cara untuk menambah gas dari HP adalah dengan menterbalikkan tog gas anda. Hehehe. Ini ILMU yang berharga tauuuu. Share laa artikel nii plis. Hehehhe

Selain dari menggunakan Gauge Manifold, anda juga disarankan meggunakan clamp meter, untuk mengetahui nilai arus yang digunakan aircond anda. Nilai arus boleh didapati di bahagian Outdoor.

Tips. Teknik, Cara dan Panduan Asas Menjaga Aircond / Penghawa Dingin Rumah
Clamp Meter


Tips. Teknik, Cara dan Panduan Asas Menjaga Aircond / Penghawa Dingin Rumah
Related Current (A) 5.16Am


Tips untuk membeli Gauge Manifold

Pastikan anda membeli yang ada

Degree Celcius
Soket 3/8.
Nilai PSI yang besar

Tips. Teknik, Cara dan Panduan Asas Menjaga Aircond / Penghawa Dingin Rumah
Gauge Manifold


Tips untuk membeli Aircond / Penghawa Dingin rumah atau pejabat

  • Pastikan Aircond mampu menampung keluasan bilik anda.
  • Beli penghawa dingin jenama Panasonic, Daikin dan York. Acson pon ok juga.

Persoalan yang sering ditanya

1. Jenama penghawa dingin / Aircond yang manakah paling baik?

Bagi saya, saya akan memilih Panasonic, Daikin dan York. Sebab apa? Kerana senang nak buka casing indoor dan jarang ada masalah. Lagipun, spare part banyak.

Sekarang ini saya ada menggunakan Jenama Panasonic, Daikin, York dan Samsung.

  • Samsung. Jangan laaa beli. Banyak masalah.
  • Panasonic, harga memang mahal, tapi cepat sejuk. Terbaik
  • Daikin dan York, harga boleh dengar. Sejuk pon ok. Terbaik.

2. Apa bezanya Inveter dan Non-Inveter?

Rumah saya semua menggunakan Aircond Inveter. Sebab kalau ikutkan, inveter ini menjimatkan tenaga. Sebab dia akan tukarkan arus dari AC ke DC. Yang ini lebih - lebih saya tidak tahu. Hehehe.

Dari segi harga, Inveter jauh lebih mahal berbanding Non - Inveter
Dari segi maintenance, Non - Inveter lebih senang dan murah berbanding Inveter
Dari segi troubleshooting, Non - Inveter lebih senang dan murah berbanding Inveter
Dari Segi penjimatan elektrik, Inveter lebih jimat berbanding Non - Inveter

3. Bolehkah kita campur adukkan gas?

Peringatan! Jangan sesekali mencampurkan gas aircond. Sebab apa? Setiap freon mempunyai densiti yang berbeza. Kalau ada campurkan, kebarangkalian kerosakkan compresor, lebih cepat.

4. Perlukan anda menukar minyak compressor?

Tidak perlu, sebab compressor split unit untuk rumah ini kecil. Untuk unit yang kecil, anda tidak perlu menukar minyak compressor. Lagipun, kalau nak tukar boleh je, akan makan masa dan wang anda. Lagipun, leceh nak tukar.

5. Bila masanya untuk menukar minyak compressor?

Saya nak tanya anda? Sebab apa anda nak tukar minyak? Saya dah kasitau kat atas tadi, tidak perlu menukar minyak compresor kan.

Kalau anda ingin menukar gas freon dari R22 ke R410, anda WAJIB menukar minyak compresor khas untuk R410.

6. Boleh ke anda nak menukar gas freon dari R22 ke R410?

Boleh, tetapi anda haruslah membuang semua gas freon R22, kemudian, buang minyak compressor R22, digantikan dengan minyak compressor R410, kemudian barulah anda cas gas freon R410.

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi saya Alang di talian 013-6386109.

Untuk pemasangan aircond dan servis penghawa dingin, saya juga boleh lakukan. Boleh PM saya.

Sekian sahaja butiran hikmah dari saya Alang.

Kembali ke laman utama (klik sini)

Jadi, bahagian mana yang dapat mengurangkan bil elektrik anda?

Upah pasang aircond murah di melaka, negeri sembilan, johor, kuala lumpur (kl)
Tukang pasang aircond

atau anda nak tahu, cara pasang aircond rumah

cara penggunaan aircond / penghawa dingin untuk jimat elektriktips untuk membeli penghawa dingin
tips penjagaan penghawa dingin rumah / pejabat
cara penggunaan aircond yang sesuai.

tips, teknik, cara dan panduan asas untuk menjaga dan memanjangkan jangka hayat aircond rumah anda
teknik penjagaan terbaik untuk aircond anda sejuk

sebab kenapa aircond rumah tidak sejuk
penca aircond rumah tidak sejuk
10 sebab kenapa aircond rumah anda tidak sejuk

servis aircond sendiri / repair sendiri
penyaman udara rumah kurang sejuk
spare part aircond rumah

persoalan yang sering diajukan atau ditanya.
asas aircond rumah, kerata lebih kurnag sama.
cara buka aircond rumah
blower aircond rumah

punca compressor aircond tidak jalan
cara pasang aircond rumah

cara mudah servis aircond rumah dengan mengambail masa 15 minit
cara bersihkan penghawa dingin rumah
DIY aircond rumah

penyelenggaraan aircond rumah
servis berkala aircond rumah

cara nak pindah aircond rumah
cara nak pasang aircond rumah
jenis jenis aircond
jenis-jenis aircond antaranya york, panasonic, acson, daikin, samsung

penapis udara tersumbat / filter indoor kotor
gas kurng. gas tidak akan kurng jika tiasa kebocoran pada paip copper.

mengesan kerosakkan dan baikpulih penyman udara rumah anda
servis aircond sendiri

air meninik dalam rumah indoor. Sebab apa

Kos servise aircond? Berapa?

troubleshooting dan diognose, mengesan kerosakkan dan membaik pulih aircond

selenggara air conditioner di rumah

pemampat, pemeluap, peranti permeteran, penyejat

perkara penting yang perlu anda tahu tentang penghawa dingin

tutup pintu dan tingkat jika penghawa dindin on

perkhdmatan membuka aircond, memasang unit baru / secondhand, menjual aircond baru, dan membaik pulih aircond di rumah anda.
tips membeli aircond

inveter adala untuk menjimatkan tenaga elektrik. Pada 2009, teknologi inverter mula dipasang pada unit penyaman udara untuk menjimatkan tenaga elektrik. Teknologi ini dipasang pada unit luar di mana ia dapat mengawal kelajuan motor pemampat, kelajuan motor kipas dan kawalan suhu. Dengan cara ini, arus maksima atau arus permulaan dapat di kurangkan.

128 comments:

  1. Terima kasih tuan sbb tunjuk ajar dan follow up progress sy td..hehe..terbaik..semoga Allah yg balas jasa baik tuan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, dapat membantu en. Saya pon dpt juga ilmu dari pertanyaan en tadi. Sama2 en. Tq2

      Delete
    2. Alhamdulillah, dpt kongsi ilmu

      Delete
    3. saya nak tanye sekarg dh 2 3 minggu rumah sya tertendang sering berlaku trick...sy punya aircond jenama ascon tetpi sy nk tahu efect die...indor sy hp nye tk sama dgn outdor...outdor sy 1.5hp dan indoor pula 1.0hp...sy beli second hand...tpi boleh jdi efect ke.. selalu tertendang rumah sy....bru pasang 3 mingu... 3 mnggu ok selpas pada tu trus bnyk kali tertendang...smpai lh skrg...tlng bgi jawapan encik...

      Delete
    4. bls email boleh atau no fon sy 0169357901 aziq

      Delete
  2. Thanks banyak2, walaupun dalam whatsapp, akhirnya aircond saya yg rosak (blower tak berpusing) akhirnya selesai dengan jayanya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 en. Tq tanya saya. In shaa Allah saya bantu. Saya pon dalam proses belajar jugak. #sama2naik

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Perkongsian yg sgt bermanfaat..
    Terima kasih tuan...

    ReplyDelete
  5. Terbaik tuan, share ilmu pasal aircond. Recommend 100% bagi spa2 yg nk tnya. TT akan follow up in case ada sebrg prtanyaan. Terima kasih. Alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perghhh. Terima kasih en kasi feedback. Terbaik2. Saya ok je kalau sapa2 nak tanya, saya akan cuba bantu. (^_^)

      Delete
  6. Assalamu'alaikum :) alhamdulillah terima kasih encik atas ilmu yang dkongsikan dan follow up progress saya.semoga Allah yg balas jasa baik tuan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2. Terima kasih sudi bertanya dan tulis feedback ni.

      Delete
  7. Assallamualaikum cik...bila kita caj gas.. aircond compressor running atau tidak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Semasa mengecas Freon / Gas aircond, compressor kene running. WAJIB ON kan penghawa dingin. Baru gas akan masuk ke dalam sistem penyaman udara. Ok ^_^

      Delete
  8. Ilmu yg sgt bermanfaat. Moga tuhan murahkan rezki tuan.

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. Aaaa. Boleh. In shaa Allah saya akan usahakan. Okeyy. Tengah buat juga ni en.

      Delete
  10. Tkasih tuan atas perkongsian ilmu, sgt mmbantu & smga mnjadi penolong diakhirat nti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih bnyak2 sudi luangkan masa untuk membaca dan menulis komen ini. Sangat dihargai. Terbaik en. Terima kasih bnyak2

      Delete
  11. Assalamualaikum tuan tanah. Terima kasih di atas perkongsian ilmu ttg cara2 penjagaan aircond. Ilmu ini telah saya praktikkan kecuali bahagian topup gas sbb xde barang dan xberani lg. hehehe! Mohon halal segala ilmu. Tkasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam en. Hehehe, xpe xde pon, janji ilmu tu dah ada kat en. Kalau suruh orang buat, sekurangnya, kita tahu basic.

      Tu lagi baik. Yang barang2 tu, slow2 beli ok dah. Terbaik en

      Delete
  12. Assalamualaikum. Saya nak tny, di mana saya boleh dapatkan alat2 ini ya? di kedai jual aircond, kedai elektrik, atau hardware?

    1. Tong Gas
    2. Gauge Manifold
    3. Clamp Meter

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam en. Aaaa, untuk beli barang2 macam tong gas, gauge manifold, tu beli dekat kedai jual alatan2 aircond. Kalau kedai jual aircond, biasanya xde barang2 ni. Cari kedai yg jual peralatan, sparepart aircond.

      kalau clamp meter pula, beli kat lazada ada, atau kedai2 elektrik.

      Delete
    2. lazada ada jualbtuan saya baru beli capasitor compresor 30uf

      Delete
  13. Perkongsian yg sangat baik tuan. Mudah faham. Terima kasih. Lepas ni nk cuba cuci aircon sendiri la. huhu

    ReplyDelete
  14. Salam tuan, sedikit kemusykilan aircond york 1hp yg saya beli pada bulan 9/2017 tidak cukup sejuk. Bilik saya sederhana sahaja tetapi pada waktu malam bila saya set suhu 25c tidak prnah langsung compressor cut-off dan running spanjang masa. Saya dapat rasa compressor bergelut utk dapatkan suhu termostat. Memandangkan unit saya masih ada waranti dgn york, sudah hampir 3x datang periksa dan cakap x ada masalah. Soalan saya adakah unit saya brmasalah dan jika bermasalah dari mana saya perlu mulakan utk kesan masalah itu. Tkasih tuan sudi membaca masalah saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau gas ok, arus ok, kipas jalan, compressor hidup, en boleh cuba tukar thermostat.

      Sebab benda ini sahaja yang akan mengawal cut off compressor.

      Delete
  15. Terima kasih pengkongsian ilmu yg sungguh berharga

    ReplyDelete
  16. Nak tanya cip alang specialist a.cond. dan kawan2 yg perna ada masalah air cond...masalah air.cond. saya blower tak pusing..bagaimana membaiki nya..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa. kemungkinan motor blower tu rosak, atau bearing. Klu rosak, kene cari spare part lah en. ok

      Delete
  17. Apa fungsi pump down dan vacuum serta apakah cara atau prosedure untuk melakukannanya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pump down? x sure laa yg ni. Vacuum pump pula untuk kita keluarkan semua udara dalam paip copper. Kes ini kalau aircond kita betul2 dah abis, atau kita vacuum dekat paip copper sahaja

      Delete
    2. Proses utk menyimpan gas kat out door

      Delete
  18. kalau pasang aircon baru, perlu vacuum dahulu ke udara dalam indoor unit?

    ReplyDelete
    Replies
    1. xyah pon xpe en. Saya ada share dekat cara topup gas dekat artikel satu lagi. try baca situ

      Delete
  19. Saya baru nk cuba2 pasang sendiri aircon.kemuskilan yg saya alami sekarang.sambungan pada indoor dengan outdoor wayar saya tidak berapa faham.dlm youtube pun saya dh bnyak menonton.tapi masih x faham.boleh x tuan lakarkan pada saya cara penyambungan litar untk menghidupkan aircon d rumah saya.dengn cara mcam 2 kemungkinan saya lebih faham.terima kasih yeee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa. yang ni kene tngok pada manual en. Kan masa beli ac, akan ada manual. Lihat yang tu. Mudah buat kerja. Saya pon follow yg tu juga

      Delete
  20. Salaam tuan. Untuk Kita top-up gas melalui LP perlukah kita Pasang hos HP juga ke air-cond.

    ReplyDelete
    Replies
    1. xperlu pun. Kalau nak cas LP, masukkan hose LP sahaja.HP xyah guna.

      Delete
  21. Salam sy nk tnya..boleh ke aircond 1.5 sambung guna extension?? Selamat ke?? Extension jenama ape yg selamat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebaiknya jgan. klu ikutkan, boleh je. Buat extintion sendiri je en. hihihi.

      Delete
  22. Salam tuan.. .Aircond saya jenama samsung. Beli tahun 2014. Masalahnya bila set 16 darjah celcius kat remote, kat indoor unit mula2 tunjuk 16 darjah. 2 minit kemudian tunjuk 30 darjah pula. Di remote masih 16 lagi. Sudah tambah gas. Apa masalahnya ye. ??

    ReplyDelete
  23. Terima kaseh atas segala panduan dan tunjuk ajar yg di berikan. Ia sangat berguna untuk saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah. Harap ilmu ini sama2 boleh dikongsikan.

      Delete
  24. Replies
    1. Alhamdulillah. Semoga sama2 menggunakan ilmu ini.

      Delete
  25. aircond saya selepas cuci/servis sendiri...lepas pasang balik...on suis ada signal on..tapi on pakai remote tak hidup pula...apa problem nye..tekan button dr unit pun x nak start.

    ReplyDelete
  26. Terima kasih atas perkongsian ilmu ttg aircond ni.sgt membantu dlm usaha menjimatkan kos selenggara,kos bil aircond.

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum aku nak tanya tuan... Kalau setting tu gas berapa kali pusing Coper kecil berapa kali di pusing dan Coper besar berapa kali mau pusing atau ikut hati saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. maksudnya? berapa kali pusing? pusing apa tu ye en?

      Delete
  28. Nak tanya acson inverter 2hp bila on..blower jln sekejap pastu mati..ape masaalah tu?tq..

    ReplyDelete
  29. Salam encik..saya nak tanya
    Aircond rumah saya...sebelah je yg sejuk..lg sebelah tak rasa angin keluar..agaknya kenapa ye?dah cuci filter tapi sama jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun menghadapi masalah yang sama ..kenapa ya? Moga admin balas

      Delete
    2. Aaaa. Tempat takungan air dekat acond tu, kemungkinan tidak lawas. Kene cuci indoor.

      Sebab kedua Finn indoor kotor. Tu yang menyebabkan angin susah nak lalu, dan en akan rasa, tiada angin.

      Delete
  30. salam tuan nk tanya adakah kurang aircond gas sebab aircon tak sejuk...kenapa air tak keluar pada paip luar outdor..apa masalah aircond..apa fungsi capasitor compressor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Kurang gas akan menyebabkan aircond tidak sejuk.

      Yang air x kluar tu, compressor berfungsi x?

      Delete
  31. Thanks for info terbaik I give you 5star

    ReplyDelete
  32. assalamualaikum tuan.. saye ni budak baru nak belajar.. kalau top up gas R22.. perlukah terbalik kan tong tu seperti r410a

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, jangan2 en. Jangan terbalikkan tong. Saya ada share dekat artikel saya yang satu lagi. Cara nak topup gas. Saya ada share

      Delete
  33. Salam, sy nk tanya, berapa nilai kapasitor yg diperlukan utk 1.5hp indoor fan motor?

    ReplyDelete
  34. salam tuan nk tnya biasanya berapa lama gas aircond rumah kena topup 2tahun skali? setahun skali? bila kurang sejuk? sy pnya gas lama r22 hari2 pakai utk tido. sy selalu 6bulan skali cuci air je.. sbp ada yg kata gas xperlu topup sampai ekon jahanam betul ke tuan??

    ReplyDelete
  35. Alamak..bru beli ekon brand samsung,hrap x da bnyak mslah la

    ReplyDelete
  36. btul ke maintenance utk aircon guna gas r32 lbih tggi dri gas r410.. dn gas r32 prlukan copper pipe y lebih tebal

    ReplyDelete
  37. salam,
    aircond saya ada masalah bocor, sebabkan gas kurang. nampak macam minyak compressor leaking. perlukah top up myk compressor utk elakkan motor compressor rosak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni aircond rumah kan. Split unit. Xperlu en. En betulkan yang bocor tu, dan topup gas semula. ok

      Delete
  38. Kl minyak keluar ckit x perlu

    ReplyDelete
  39. salam bos.saya baru pindah rumah so bukak a/c dari rumah lama psng kat rumah baru.seblom psang saya dah bersihkan indoor and outdoor unit.masalah nye skarang kenapa ye beku dari paip kecil outdoor sampai ke indoor unit ada beku skli 2batang paip cooling.dan kurang sejuk boleh kata hilang sejuk yg sebelom ni angin smua ok cuma sejuk kurang dan beku.lepas psang out door unit saya terus buka freon tanpa on air cond adakah itu puncanye.?kalau nak buat berapa kos dia tuan.kalau senang boleh whatsao saya 01137201909 nazir.minta bantuan tuan ye.harap ada penyelesaian.

    ReplyDelete
  40. sy ada pasang ventilator kt bumbung rumah, dan siling bilik sy dia pasang vent..jd masalah x klu sy pasang aircond.

    ReplyDelete
  41. Salam bos.. nak tanya sikit.. kalau set suhu 17°c lepas beberapa saat suhu kt panel lcd tukar jadi 30°c tapi suhu sejuk je.. apa ye masalah?

    ReplyDelete
  42. Assalam bos..main board dc invter 1.0hp brp hrganya.kt mn bolh dapt sy di klang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya x sure lah en. Harga main board. Rasanya dalam rm200++ atau rm300++

      Delete
  43. Salam tuan.jenama daikin atau mitsubishi mana bagus?

    ReplyDelete
  44. Assalam.. Bagaimane nak check kebocoran. Dan bolehka kita check pressure sahaja tanpa topup gas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cek kebocoran kene guna snoopy. atau air sabun. Nak check pressure, mesti ada pressure gaguge atau gauge manifold

      Delete
  45. Assalamualaikum..Apa masaalahnya apabila freon R22 pressure outdoor dalam spec tapi ampere melebihi had yang ditetapkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni mungkin ada sebab lain. Mungkin kipas outdoor ada masalah, mungkin blower, mungkin compressor tu sendiri ada masalah. Kena cek dulu en

      Delete
  46. Salam bro... kalo nut dekat valve outdoor hilang, ade kemungkinan ke gas keluar?
    (Nut dekat valve yg kne pakai alan-key tu..Dua2 atas dan bawah hilang)
    Huhu..
    Dah topup gas tp pressure x btol..dah naik,lame2 die turun balik...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hilang xde masalah. Sebab benda tu adalah penutup. yang penyebab gas hilang, kemungkinan ada kebocoran dekat mana2 fitting. kene cari

      macam tara moto, kan ada penutup. Kalau penutup tu hilang, angin ada kurang x? xde kan. Aaa. cam tulah

      Delete
    2. Tq bro... yup..
      Ade leaking kat flair..:)

      Delete
    3. Aaa. Terbaik en. Dah jumpa, bole settlekan masalah

      Delete
  47. Aslmkm tuan.. salam ramadhan.. untuk air cond lama boleh ke nk tukar gas r22 ke r410a? Kalau boleh.. Boleh x tuan tunjuk kn procedure untuk buat tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan en. tidak sesuai. Kerana ketebalan paip copper. Lagipun, pressure (tekanan) untuk Gas r22 adalah 60PSI
      pressure untuk r410a adalah 120PSI.

      Saiz paip copper antara dua ni pon dah lain en. Saya sarankan, baik guna gas yang asal.

      Delete
  48. Salam tuan..ape akibat kalo tersalah isi gas r32 kat aircond jenis r22?
    Macam mane solution?

    ReplyDelete
    Replies
    1. En dah isi berapa PSI ye? Saya nak tahu juga en isi berapa. Pastu ac sejuk x?

      Delete
    2. From 50psi, sy termasukkan r32 skehap sgt..dlm bberape second jek..teros naik ke 100psi..
      Ac sejuk..tp bacaan presure jd xbetol..

      Delete
    3. maksud en, bacaan pressure jadi x betul macam mana? sekejap 60 psi, sekejap 80 psi. mcm tu ke?

      Apa yang saya paham, bila dah ada dua jenis freon dalam satu sistem, so akan ada dua density dalam satu sistem. kemungkinan itu yang menyebabkan bacaan psi x betul.

      Delete
  49. Terimah kasih tuan atas ilmunya yg bermanfaat.saya dri sabah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq en. mohon subscribe channel youtube saya. search Alang N Afiq

      Delete
  50. salam ramadhan al mubarak...tuan saya nak bertanya tentang aircond york 1hp saya mengalami masalah lampu blink sebanyak 4 kali warna hijau dan 6 kali warna merah..dan tiada angin yang keluar dari aircond tersebut..

    ReplyDelete
  51. Salam tuan..kalau aircond model cu-d43dbh8 lampu timer indoor berkelip..lepas tu dlm 20minit outdoor unit cut..apa masalah nya tuan?tq

    ReplyDelete
  52. Tuan...klu aircon inverter...piping dlm 8 mtr..perlukah proses vacuum pump dibuat..
    Dan klu tiada vacuum pump,boleh ka hanya buat purge saja..

    ReplyDelete
  53. Salam, tuan, kalau beli aircond baru secara online, n pasang sdri sbb tukar aircond n compressor lama dah rosak... compressor baru perlu ke topup gas freon?

    ReplyDelete
  54. Salam tuan.. Kalau amp dia tinggi atau rendah.. Apa kemungkinan yaa?? Mohon penjelasan

    ReplyDelete
  55. Nazran Air Conditioning & Wiring Services specialized in all Aircond & Electrical-related services. Our expert technicians will provide a professional service for your comfort.

    Aircond service
    Service aircond

    Contact No. :- 0135055070
    Address :- HQ Jalan Serai Wangi H 16/H, Seksyen 16, 40200 Shah Alam. Selangor

    ReplyDelete
  56. Salam bos,aircond jenis acson mmg belah kanan je ke angin keluar,belah kiri xde angin or kurang angin keluar lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. blower dah penuh habuk atau evaporator dah kotor.. kena chemical service tu

      Delete
  57. salam, rumah saya air cond jenis topaire, selalu keluar titisan air di waktu tengah malam, bila on swith dah bunyi blower sebelum tekan ON di remote....

    ReplyDelete
  58. Tumpang tanya.. Indoor tidak sejuk ttp paip kecil dekat compresor beku.. Apa masalah.. Tolong bantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Air pula tidak menitis keluar

      Delete
    2. kalau paip kecil beku tu tekanan gas kurang atau ade kebocoran refrigerant.. kalau paip besar beku tu tandanya capillarytube atau penapis dah tersumbat atau juge ade paip besar yg kemek ganggu perjalanan gas kembali ke kompresor.

      Delete
  59. Assalamualaikum tuan, nak Tanya.. Biasanya berapa lama jangka hayat aircond ya, buat masa ni saya guna mitshubishi industri, rasanya dah 11 tahun.. Biasanya saya cuma pakai suhu 27c..sekarang guna 18c pun kurang sejuk walaupun dah selalu servis.. Nak kata leaking, tak de pulak.. Ke da patut tukar yang baru.. Hehehe tq.. Terima kasih

    ReplyDelete
  60. Salam bro..bru pndah rumah bukak aircon lama sendiri tapi gas ada keluar juga sikit da pasang dan topap gas balik semua..tapi masaalahnya kat rumah lama aircon cun smua elok tapi bila pasang kat bilik baru ni aircon tak mau cut off..mati la bil elektrik msti tinggi..apa masaalahnya ye sbb sblm ni kt rumah lama sikit pn tak ada masaalah..set 18 c bila da 18 c compresor akan cut off tapi sekarang malam smpai pagi still berjalan.😥

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cube check semule wayar dari kompresor.. mungkin dah salah sambung.. kalau semue sambungan betul kemungkinan relay di pcboard dah rosak.

      Delete
  61. salam tuan,office sya ada aircond 12.5hp..ia jadi froz(beku,ais)pada coopeer,compresorr dan filter indoor ada punca tuan..
    soalan 2-apa fungsi soft starter pada panel box

    ReplyDelete
  62. PROMO SPESIAL 100% SABUNG AYAM ONLINE | MENANG TARUHAN BERUNTUN -

    Nikmati Promo Spesial Bonus 100% Khusus untuk Taruhan Sabung Ayam Onlie yang di siarkan secara Live (Langsung) dari Arena yang ada di Negara Filipina !

    Pertandingan di liput secara live oleh kru proffesional dari Laga Tournament yang di adakan di negara tersebut ! Minimal Deposit hanya IDR 50.000,- Dan Untuk Taruhannya minimal IDR 20.000,- Saja

    Dapat di tonton melalui Aplikasi Khusus yang dapat di download dan di Instal di Smartphone Android / iOS kesaangan anda !

    Download Aplikasi Sabung Ayam Livenya sekarang juga ! Klik Di sini <<<===

    Tersedia :
    » Sabung Ayam S128
    » Sabung Ayam SV388

    Menerima Transakdi Deposit & Withdraw Menggunakan OVO | GOPAY | LINKAJA | DANA | PULSA dan SEMUA JENIS REKENING BANK DI INDONESIA.

    Untuk Informasi selengkapnya, Hubungi Kontak Cs kami yang online 24 Jam dibawah ini :

    » Nomor WhatsApp : +62812-2222-995
    » ID Telegram : @bolavitacc
    » ID Wechat : Bolavita
    » ID Line : cs_bolavita

    ReplyDelete
  63. Assalamualaikum tuan, terima kasih atas perkongsian bekenaan ilmu aircond y detail juga lah...tuan , saya nak tanya, kedudukan indoor unit dengan outdoor unit perlu selari dipasang ka?cth kalau kita pasang indoor 2.5 meter dari lantai dan kemudian outdoor pun 2.5 meter dari lantai. Boleh juga ke kalau outdoor tu nak letak aras bawah lebih rendah ke lantai, tujuan dia utk senang maintenance, terima kasih

    ReplyDelete
  64. Assalamualaikum.sy ingin bertanyakan soalan mengenai saiz original kapasitor fan outdoor bg aircond york 1.5Hp?terima kasih atas penjelasan dan perkongsian ilmu ini. smga tuan di murahkan rezeki dan dirahmati Allah.

    ReplyDelete
  65. salam tuan...nak bertanya saya menggunakan aircon hitachi inverter 1.5hp....masalah saya aircon saya bila on je die terus off balik...paling teruk kalau waktu tghari and panas...mmg x kan dapat on...tp malam kadang2 ok kadang on die off balik...kadang on dh lame jalan tue tetibe die off....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni ada masalah compresor.. encik boleh pegi kat link ni http://www.facebook.com/ServisAircondPasangAircondShahAlam/ kami cover area selangor atau boleh ws kami wasap.my/60102929079

      Delete
  66. hai saya ada jumpa satu syarikat buat servis dan pasang aircond murah di area selangor.. boleh tekan link ni http://www.facebook.com/ServisAircondPasangAircondShahAlam/ atau wasap terus wasap.my/60102929079

    ReplyDelete
  67. terima kasih atas post post ni, lepas belajar boleh lah servis aircond sendiri kat kedai... haha

    ReplyDelete
  68. assalamualaikum..abg kalau dah check semua ujian penebatan pada terminal compressor dengan body ok,C R S ok,tukar capasitor compressor baru,tukar kapasitor kipas outdoor,pastu bila on aircond compressor on pastu cut off..clamp ampere 21A ...Pegang compressor guna tangan memang panas...
    Boleh bantu tak apa masalahnya di sini..7hari dah buat test dan pikir ni masalah tak setel lagi

    ReplyDelete