Marma Homestay Melaka Murah berdekatan Ayer Keroh dan Bandar Hilir Melaka. Homestay tanpa kolam renang atau swimming pool, berdekatan tepi pantai. Rumah baru 4bilik yang LUAS, KUALITI dan SELESA.

Alang 013-6386109

atau Amirah 017-3916898. Homestay Terbaik Di Melaka. Saya akan tolong anda, saya akan bantu anda. "Jangan banding Harga, Tapi Banding Kualiti"

Tuesday 14 February 2017

The Shore Sky Tower

Uji Tahap Kegayatan anda Pada Ketinggian 163 Meter di The Shore Sky Tower Melaka

Optimus Prime ada di Melaka? Mesti terkejut kan. Saya orang Melaka pun terkejut. Mana tak nya, transformer tuuu. Bukannya kecil, tapi besar setinggi 5meter. Memang AWESOME.

Tapi yang menariknya, tiada bayaran dikenakan untuk bergambar dengan Optimus Prime. Optimus Prime rela paksa. Hehehhehe.

The Shore Sky Tower
Optimus Prime sedang menunggu anda
Kalau anda bergambar di sini, pastu tunjuk pula dekat rakan - rakan anda, conform rasa 'GAH' seminggu. Tapi jangan bangga - bangga dulu kalau belum naik menara kaca Melaka.

The Shore Sky Tower

Memang tidak dinafikan, Melaka adalah salah satu destinasi wajib pilihan pelancong luar negara mahupun dalam negara setiap Tahun. Ini menunjukkan bahawa Melaka adalah satu negeri yang Bersejarah selain dapat melihat keunikkan yang tidak ada di negeri - negeri lain.

Kali ini saya berminat untuk kongsikan satu lagi tarikan terbaru yang ada di Melaka iaitu The Shore Sky Tower. Perrrrghhhhh, nama!! Tak nak kalah. Nama dah 'GAH', tapi korang pun kena GAGAH kan diri untuk berdiri di atas bangunan The Shore.

OOoooooppppsssss. Apa itu The Shore Sky Tower?

The Shore Sky Tower
Bangunan The Shore

The Shore Sky Tower
Bangunan The Shore
Haaaaa. Itulah bangunan pencakar langit The Shore Sky Tower. Memang tinggi. The Shore Sky Tower mempunyai bangunan yang tinggi iaitu 42 tingkat. Dengan ketinggian 163 meter, Sky Tower menjanjikan satu pengalaman yang sangat bermakna kerana ia bakal menguji kegayatan anda semasa berada di atas kaca lutsinar. Anda akan mendapat pengalaman yang terbaik dengan pemandangan yang cantik dan mengagumkan. Ada satu kawasan spot yang dilarang untuk ambil gambar dengan kamera sendiri semasa anda berada di Sky Tower. Bayaran Rm45 dikenakan.

Harga Tiket Sky Tower Melaka

Dewasa : RM25
Kanak - kanak : RM18
Masa : 10AM - 10PM

Anda akan dapat melihat sendiri keseluruhan bandar Melaka dari bangunan Sky Tower. Satu pengalaman yang sangat mempersonakan untuk anda semua. Sky Tower adalah bangunan tertinggi yang ada di bandar Melaka dan menjanjikan pemandangan yang menakjubkan sehingga 50 km dari semua arah. Sky Tower juga memberi satu pengalaman yang unik dan menakjubkan dengan pandangan 360 panorama bandar Melaka. Ni gambar yang lebih terperinci.


The Shore Sky Tower
The Shore Sky Tower
The Shore Sky Tower
Pandangan dari atas The Shore Sky Tower
The Shore Sky Tower
Pandangan dari atas The Shore Sky Tower
The Shore Sky Tower
Nikmati pemandangan 360 panorama Bandar Melaka
The Shore Sky Tower
The Shore Sky Tower

The Shore Sky Tower
The Shore Sky Tower

The Shore Sky Tower
Teleskop yang disediakan untk melihat pemandangan Bandar Melaka
Cantik - cantik kan. Teleskop juga disediakan untuk memudahkan anda melihat pemandangan bandar Melaka. Selain itu, untuk lebih keseronokkan, anda boleh melihat pemandangan di bawah kaki anda dengan lantai kaca Sky Deck.

Apabila anda berada didalamnya, bangunan itu seperti tempat membeli belah. Macam - macam ada. Kedai DIY pun ada. Banyak lagi yang ada di dalam bangunan The Shore, antaranya

Sky Tower
Ocenarium Melaka
- Shark Quest
- Shell Muzeum

3D art

Muzium Kartun
The Toy

Anda jangan tersilap. Untuk memasuki bangunan The Shore, tiada apa - apa bayaran dikenakan. Tetapi jika anda ingin memasuki Sky Tower, di situ anda akan dikenakan bayaran.

Atas - atas tu, saya akan huraikan kemudian hari. Tiada bahan - bahan untuk menulis.

Sudah pasti akan terpahat pengalaman dan memori yang terindah anda berada di The Shore. Anda juga akan hilang perasaan gayat untuk seketika. Dan boleh bercerita dengan rakan - rakan anda.

 Alamat:


The Shore Sky Tower Sdn Bhd
Tower 1, 42 & 43F, The Shore Shopping Gallery,
193, Pinggiran @ Sungai Melaka,
Jalan Persisiran Bunga Raya,
75100 Melaka Tengah, Malaysia

0 comments:

Post a Comment