Marma Homestay Melaka Murah berdekatan Ayer Keroh dan Bandar Hilir Melaka. Homestay tanpa kolam renang atau swimming pool, berdekatan tepi pantai. Rumah baru 4bilik yang LUAS, KUALITI dan SELESA.

Alang 013-6386109

atau Amirah 017-3916898. Homestay Terbaik Di Melaka. Saya akan tolong anda, saya akan bantu anda. "Jangan banding Harga, Tapi Banding Kualiti"

Tuesday 14 February 2017

Masjid Selat Melaka

Masjid Selat Melaka Tumpuan Pelancong

Apa yang ada di Masjid Selat Melaka ini? Apa yang menariknya di Masjid Selat Melaka.
Apa itu Masjid Selat Melaka?

Masjid Selat Melaka adalah salah satu destinasi wajib jika anda datang melancong ke melaka. Kenapa? Apa yang specialnya masjid ini?

Masjid Selat Melaka
Masjid Selat Melaka

Masjid Selat Melaka sama seperti Masjid Terapung yang ada di negeri - negeri lain. Suasana memang awesome dan lebih awesome jika kita semua datang untuk solat, bukan untuk bergambar sahaja. Selain itu, ianya dibina di atas permukaan laut yang berada di Pulau buatan iaitu Pulau Melaka dan masjid ini terletak di tepi Selat Melaka yang merupakan jalur pelayaran tersibuk di dunia. Waaahhhhh, menariknyaaa.

Masjid Selat Melaka
Masjid Selat Melaka
Masjid Selat Melaka
Masjid Selat Melaka

Selain itu juga, Masjid Selat dibina di tengah - tengah pusat Melaka dan mampu menampung 2000 jemaah pada satu - satu masa. Sehingga sekarang, Masjid Selat telah menjadi mercu tanda Melaka dan menunjukkan kesungguhan untuk menyebarkan ajaran Islam

Dari aspek senibina masjid, Masjid Selat mempunyai senibina yang sangat berbeza dengan masjid - masjid yang ada di negeri Melaka kerana Masjid Selat ini diinspirasi daripada Masjid terapung di Jeddah, Arab Saudi. Masjid ini adalah cetusan idea daripada Mantan Ketua Menteri Melaka iaitu Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Jika anda berada disini, sudah pasti anda dapat merasa suasana ketenangan dan kedamainan yang mampu membuat hati anda terusik. Lebih terasa jika anda mengambi wuduk dan sama - sama berjemaah di dalamnya.

Masjid Selat Melaka
Pintu Utama Masjid Selat Melaka
Masjid Selat Melaka
Masjid Selat Melaka
Masjid Selat Melaka
Pandangan mengadap ke lautan biru Masjid Selat Melaka
Masjid Selat Melaka
Peta Masjid Selat Melaka

Pelbagai keunikkan yang ada di Masjid Selat antaranya ialah binaan menaranya yang setinggi 30 meter. Menara ini dibangunkan bukan sahaja untuk melaungkan azan, sebaliknya kedudukkan fizikalnya yang terletak di pinggiran selat secara tidak langsung ianya menjadi dwi fungsi sebagai rumah api.

Selain itu, kubah besar Masjid Selat mampu dilihat dari jarak yang jauh dengan warna biru keemasan yang bergabung dengan air laut, mencetuskan lagi fenomena perpaduan yang menjadi tunggak negeri Melaka.

Dari segi binanya, Masjid Selat menggunakan konsep elemen batang buluh yang pangkalnya dibelah dua dan membentuk beberapa bahagian. Terdapat empat kubah kecil di setiap penjuru masjid menjadi pelengkap kepada kubah besar. Di bawah kubah besar itu terdapat dewan besar solat yang berukuran 24 meter persegi.

Yang pasti, kunjungan ke Melaka tidak lengkap jika tidak melawat dan melakukan ibadah di masjid ini. Malahan kedudukan homestay saya tidak jauh dari Masjid Selat Melaka.

Sekian sahaja butiran hikmah dari saya Alang
Dikemaskini pada 17/2/2017

Kembali ke laman utama (klik sini)

0 comments:

Post a Comment